Setiap peralihan waktu solat sebenarnya
menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap
melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam
adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang
fotografi, betul tak ?
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna
biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi
sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh
mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka
yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi
dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap
oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum
(keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada
tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat
diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu
berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang
terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum
lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha)
dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang
berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia
yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan
atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan
menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang
tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya
waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem
reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap
tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi
kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la
tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh
organ-organ reproduktif kita
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu
ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di
luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri
frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada
waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang
sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu
ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan)
berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu
Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf
dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan
seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia
ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem
kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada
dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,
inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur d
elta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas
tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya
bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.
Окорок барана (муфлона) запеченный - Рецепт 1. Мясо очистить от пленок, тщательно вымыть, отделить от костей. Нашпиговать брусочками шпика и кусочками шампиньонов, сложить в миску, залить маринадом и поставить в холодильник на сутки. В глубокой сковороде растопить сливочное масло, положить подготовленное мясо и обжарить со всех сторон. статью нашел в fisherhunter.ru/kyhnia/bluda-iz-zveria/bluda-iz-baraniny-myflona/okorok-barana-myflona-zapechennyi.html